Hari ini saya ingin membincangkan mengenai bahasa pengaturcaraan(programming language). Terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan di dunia ini. Antaranya COBOL,FOTRAN,C++,C dan BASIC.
Tetapi apa yang saya belajar di IPTA untuk semester yang pertama adalah C++. Pada saya ianya senang, mungkin disebabkan oleh minat yang mendalam. Konsep dalam programming adalah:
Programming Development Life Cycle:
1)Analysis
2)Algorithm
3)Coding
4)Testing and Debugging
5)Implementation and Maintanence
6)Documentation
ANALYSIS
Untuk analisis ini, kita perlulah mengenal pasti masalah atau soalan yang perlu kita ketahui supaya kita dapat membuat program yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh:
"Anda diminta untuk membuat satu program yang boleh menambah dua nombor dan menunjukkan jawapannya."
Jadi disitu anda boleh kenal pasti apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut. Pertama sekali apa yang perlu dikenal pasti adalah data yang ingin dimasukkan (input). Soalan tersebut menunjukkan dua nombor yang ingin dimasukkan. Kemudian kita kenal pasti pula proses (process) yang ingin dilakukan. Seperti yang kita ketahui, prosesnya adalah menambah dua nombor. Yang terakhir sekali adalah hasil (output). Hasilnya adalah hasil dua nombor tersebut apabila ditambah. Jadi itulah analisis.
Itu sahaja untuk entri kali ini. Kita akan bersambung untuk tahap yang seterusnya iaitu algorithm pada entri yang seterusnya.
Sekian. Wassalam.
"Programmer can solve any problem that you don't know how to solve."