Algorithm
Algorithm ini adalah cara jalan penyelesaian kepada satu-satu masalah dengan cara satu persatu. Antara algorithm yang selalu digunakan oleh programmer adalah pesudocode dan flow chart.
Pseudocode adalah satu cara jalan penyelesaian di mana ianya menggunakan ayat dalam bahasa inggeris yang hampir sama dengan bahasa pengaturcaraan. Apa yang saya cuba maksudkan adalah struktur ayatnya dalam bentuk bahasa pengaturcaraan. Berbalik kepada soalan tadi, soalannya adalah menambah dua nombor dan tunjukkan hasilnya. Contoh pseudocode adalah seperti dibawah :
Start
Input 2 numbers (num1,num2)
Answer = add of two numbers (num1 + num2)
Display Answer
End
Itulah contoh pesudocode. Ianya pembuka iaitu Start dan penutup iaitu End. Maksud pesudocode diatas "Input 2 numbers (num1,num2)" adalah maksudkan 2 nombor pada variable num1 dan num2. Kemudian program tersebut akan melakukan proses tambah pada dua nombor tersebut dan ianya bersamaan dengan Answer. Selepas itu program tersebut akan "Display Answer".
Untuk flowchart pula adalah cara jalan penyelesaian di mana ianya menggunakan gambar seperti bulat, empat segi seperti contoh dibawah :
Untuk flowchart, ada terdapat beberapa bentuk yang membawa fungsi yang lain. Tengok gambar dibawah untuk pemahaman yang lebih lanjut.
Itulah pembelajaran kita dalam entri ini. Insya'Allah entri coding akan menyusul kemudian. Sekian. Wassalam.
Credit to : http://www.breezetree.com
"Programmer can solve any problem that you don't know how to solve."