Testing And Debugging - Programming Development Life Cycle(PDLC)


Assalamu'alaikum untuk semua pembaca blog Programmer Webs! 

Hari ini kita akan belajar: 

Testing And Debugging

Tujuan Testing dab Debugging ini adalah untuk kita mengetahui akan kelemahan sesuatu program itu. Kita akan cuba dari segi setiap sudut untuk mengetahui tentang kelemahan program itu. Terdapat beberapa jenis kelemahan atau dalam bahasa komputernya kita panggil "error"

Untitled Document



-Syntax error
Iaitu error yang merupakan kesalahan dari segi penggunaan syntax dalam coding tersebut. Sebagai contoh :

BETUL

cout << "Hello World";

SALAH

caut << "Hello World";


Dari situ kita dapat lihat akan kesalahan dari segi syntax yang digunakan iaitu "cout" dan "caut". Yang sebetulnya adalah "cout".

-Logic error
Iaitu error yang berkaitan dengan operasi seperti +,-,/ dan x. Ianya boleh berlaku apabila kita cuai apabila meletakkan simbol operasi. Sebagai contoh ktia mahukan program yang menambah dua nombor, tetapi program tersebut melakukan proses tolak(-). Jadi ini akan merencatkan fungsi program tersebut.

-Run-time error
Iaitu error yang berlaku semasa kita run kan program tersebut. Sebagai contoh, program tersebut berfungsi untuk menerima nilai digit, tetapi pengguna(user) menaip karakter, jadi program tersebut tidak akan dapat berfungsi kerana nilai yang diterima bukan digit.

Itulah serba sedikit mengenai Testing dan Debugging ini. Anda boleh menggunakan google.com untuk informasi dengan lebih lanjut. Selamat Belajar Guys!! Hee. Sekian. Wassalam.

"Programmer can solve any problem that you don't know how to solve."

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »