Tutorial Test Case

Tutorial untuk membuat test case kita sendiri. Mengenai tips-tips untuk membuat test case yang berkesan, boleh search di google. Definisi dari Wikipedia mengenai test case :
test case, in software engineering, is a set of conditions or variables under which a tester will determine whether an applicationsoftware systemor one of its features is working as it was originally established for it to do.
Jadi secara ringkasnya ianya hanya untuk menguji program kita sama ada ianya berfungsi seperti yang telah dirancang. Langkah-langkah untuk membuat test case adalah :

1) Buat program anda sendiri dan namakannya dengan nama yang sesuai. Sebagai contoh saya buat soalan di uva. Jadi namanya saya beri uva12646.java. Saya menggunakan java language.


2)Kemudian file yang akan inputkan ke program. Namakannya uva12646.in. ".in" tu saya buat merujuk kepada input.


3)Buat lagi satu file baru uva12646.ans. ".ans" itu merujuk kepada output sebenar yang sepatutnya akan dikeluarkan oleh program kita.


 4)Buat lagi satu file baru uva12646.out. ".out" itu merujuk kepada output yang akan dikeluarkan oleh program kita. Buat masa ini biarkan ianya kosong.



5)Kemudian buka terminal(linux)/command prompt(windows) anda. Dan pergi ke tempat anda save file uva12646.java, uva12646.in, uva12646.ans dan uva12646.out. Pastikan anda savekan file-file tersebut di tempat yang sama.


6)Kemudian compile program anda dengan command "javac uva12646.java".


7)Selepas itu inputkan file anda dengan uva12646.in dan outputkannya di file uva12646.out. "java uva12646 < uva12646.in > uva12646.out"

 

8)Kemudian anda boleh lihat di file uva12646.out untuk melihat output yang dikeluarkan oleh program anda. 


9)Kemudian kita bandingkan file uva12646.ans dan uva12646.out, adakah kedua-dua file itu sama nilainya. Jika sama ianya tidak akan keluarkan apa-apa. Untuk linux kita gunakan "diff", untuk windows kita gunakan "fc".



10) Kita cuba ubah sedikit nilai dalam file uva12646.in.



11)Kemudian kita bandingkan file uva12646.ans dan uva12646.out, adakah kedua-dua file itu sama nilainya dan ianya akan display bahawa ada nilai yang tak sama.


12)Kita boleh bandingkan dengan melihat fail uva12646.out dan uva12646.ans.




Itu sahaja tutorial yang dapat dikongsi.  Sekian.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »